· Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa penjajahan barat lebih kepada imperialisme,kolonialisme dan juga mekantalisme.
· Imperialisme merujuk kepada perhubungan sesebuah kuasa harmoni dengan wilayah-wilayah dibawahnya. Ia juga bermaksud mengawal dan menguasai negar-negara lain yang mundur dan miskin bagi tujuan mengeksploitasi sumber-sumber yang ada supaya menjadi kaya dan berkuasa.
· Sebagai contoh, kita dapat lihat imperialisme ini berlaku pada zaman Tanah Melayu dijajah oleh berberapa buah negara antaranya ialah portugis, jepun , dan british. Mereka Berjaya mengeksploitasi bijih timah yang ada di negara kita untuk membangunkan negara mereka sendiri.
· Puncanya adalah kerana kurangnya senjata canggih, kurangnya golongan berintelektual, dan hadirnya pembelot negara.
· Sebagai contoh pada masa kini kita dapat lihat negara yang membangun iaitu Amerika Syarikat dimana mereka mengeksploitasi negara-negara yang miskin dan mundur seperti Palestine. Seperti yang kita sedar Palestine diserang oleh rejim zionis selama berpuluh tahun. Ini adalah penjajahan barat berbentuk imperialisme. Amerika Syarikat memberi bantuan seperti bekalan senjata kepada rejim zionis bagi tujuan membantu mereka lebih mudah untuk mendapatkan tanah di Palestine.
· Untuk pembukaan ataupun dalam Bahasa arab (Al Fath) oleh islam lebih kepada persetujuan pihak -pihak yang tertentu dan membuat perjanjian yang dapat menguntungkan semua pihak yang terlibat
· Sebagai contoh kita dapat lihat pada perjanjian hudaibiyah dimana ketika Rasulullah mendapat mimpi mengerjakan umrah dengan aman sedangkan pada ketika itu Madinah dan mekkah tidak sekepala.
· Rasulullah dan sahabat-sahabatnya berangkat ke mekkah bagi tujuan melakukan umrah. Lalu singgah sebentar di hudaibiyah sehingga didatangi utusan Makkah.
· Kemudian nabi menghantar sahabatnya Uthman sebagai utusan . Uthman ditahan oleh pihak Quraish bertujuan sebagai provokasi kepada kaum muslimin.
· Bai’ah bawah pokok diadakan untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Secara tiba-tiba Uthman muncul Bersama Suhail bin ‘Amr. Suhail mengumumkan bahawa umrah boleh dikerjakan pada tahun hadapan. Lalu perjanjian ditulis. Akhirnya, Rasululullah dapat menunaikan umrah seperti dalam mimpi baginda.
No comments:
Post a Comment