Monday, March 18, 2019

2. FAKTOR YANG MENDORONG INTERAKSI POSITIF ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Antara faktor yang mendorong interaksi positif antara tamadun islam dan tamadun asia adalah

1. Pengamalan sikap toleransi yang tinggi serta saling menghormati
2. Pembukaan ruang percambahan fikiran dan budaya serta dapat memperkayakan lagi tamadun
3. Pengalaman dan penerimaan daripada peradaban
4. Pelbagai interaksi seperti interaksi fizikal, interaksi teologi dan agama, interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya
5. Perkahwinan yang berlangsung antara kalangan pedagang dan ulama’ Islam yang datang ke lokasi mereka


Interaksi dengan tamadun China

Rekod Cina yang melaporkan telah didapati sebuah kerajaan Islam yang dikenali sebagai Ta – shih di sekitar Sumatera Utara yang mempunyai hubungan dengan Tamadun Cina pada tahun 650M
Faktornya:
ü Khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad bin Abi Waqas untuk berdakwah.
ü Pemberontakkan Jeneral Lien Chen menyebabkan Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Al-Mansor menghantar 400 tentera atas permintaan Maharaja Su Tsung.
ü Perdagangan antara orang arab dan orang cina yang luas di GuangZhou dan Shanghai
ü Kebaikan agama islam menarik perhatian Maharaja China lalu menjemput pendakwah islam secara rasmi ke istana.

No comments:

Post a Comment