Monday, March 18, 2019

3. PERBEZAAN PENJAJAHAN BARAT DAN PEMBUKAAN (AL-FATH) OLEH ISLAM

·    Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa penjajahan barat lebih kepada imperialisme,kolonialisme dan juga mekantalisme.
·    Imperialisme merujuk kepada perhubungan sesebuah kuasa harmoni dengan wilayah-wilayah dibawahnya. Ia juga bermaksud mengawal dan menguasai negar-negara lain yang mundur dan miskin bagi tujuan mengeksploitasi sumber-sumber yang ada supaya menjadi kaya dan berkuasa.
·    Sebagai contoh, kita dapat lihat imperialisme ini berlaku pada zaman Tanah Melayu dijajah oleh berberapa buah negara antaranya ialah portugis, jepun , dan british. Mereka Berjaya mengeksploitasi bijih timah yang ada di  negara kita untuk membangunkan negara mereka sendiri.
·    Puncanya adalah kerana kurangnya senjata canggih, kurangnya golongan berintelektual, dan hadirnya pembelot negara.
       ·    Sebagai contoh pada masa kini kita dapat lihat negara yang membangun iaitu Amerika                          Syarikat dimana mereka mengeksploitasi negara-negara yang miskin dan mundur                                    seperti Palestine. Seperti yang kita sedar Palestine diserang oleh rejim zionis       selama                        berpuluh tahun. Ini adalah penjajahan barat berbentuk imperialisme. Amerika Syarikat                          memberi bantuan seperti bekalan senjata kepada rejim zionis bagi tujuan membantu                            mereka lebih mudah untuk mendapatkan tanah di Palestine.
      ·     Untuk pembukaan ataupun dalam Bahasa arab (Al Fath) oleh islam lebih kepada persetujuan               pihak -pihak yang tertentu dan membuat perjanjian yang dapat menguntungkan semua                       pihak yang terlibat
·    Sebagai contoh kita dapat lihat pada  perjanjian hudaibiyah dimana ketika Rasulullah mendapat mimpi mengerjakan umrah dengan aman sedangkan pada ketika itu Madinah dan mekkah tidak sekepala.
·    Rasulullah dan sahabat-sahabatnya berangkat ke mekkah bagi tujuan melakukan umrah. Lalu singgah sebentar di hudaibiyah sehingga didatangi utusan Makkah.
·    Kemudian nabi menghantar sahabatnya Uthman sebagai utusan . Uthman ditahan oleh pihak Quraish bertujuan sebagai provokasi kepada kaum muslimin.
·    Bai’ah bawah pokok diadakan untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Secara tiba-tiba Uthman muncul Bersama Suhail bin ‘Amr. Suhail mengumumkan bahawa umrah boleh dikerjakan pada tahun hadapan. Lalu perjanjian ditulis. Akhirnya, Rasululullah dapat menunaikan umrah seperti dalam mimpi baginda.

2. FAKTOR YANG MENDORONG INTERAKSI POSITIF ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Antara faktor yang mendorong interaksi positif antara tamadun islam dan tamadun asia adalah

1. Pengamalan sikap toleransi yang tinggi serta saling menghormati
2. Pembukaan ruang percambahan fikiran dan budaya serta dapat memperkayakan lagi tamadun
3. Pengalaman dan penerimaan daripada peradaban
4. Pelbagai interaksi seperti interaksi fizikal, interaksi teologi dan agama, interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya
5. Perkahwinan yang berlangsung antara kalangan pedagang dan ulama’ Islam yang datang ke lokasi mereka


Interaksi dengan tamadun China

Rekod Cina yang melaporkan telah didapati sebuah kerajaan Islam yang dikenali sebagai Ta – shih di sekitar Sumatera Utara yang mempunyai hubungan dengan Tamadun Cina pada tahun 650M
Faktornya:
ü Khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad bin Abi Waqas untuk berdakwah.
ü Pemberontakkan Jeneral Lien Chen menyebabkan Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Al-Mansor menghantar 400 tentera atas permintaan Maharaja Su Tsung.
ü Perdagangan antara orang arab dan orang cina yang luas di GuangZhou dan Shanghai
ü Kebaikan agama islam menarik perhatian Maharaja China lalu menjemput pendakwah islam secara rasmi ke istana.

1. PUNCA BERLAKUNYA KEGANASAN ANTARA ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Punca berlakunya keganasan antara orang Islam dan orang bukan Islam terdiri daripada dua sebab. Antara sebabnya adalah:

1. Orang Islam

  • Orang islam bertindak sebagai pengganas kerana mereka tidak memahami maksud jihad
  • Menganggap seluruh pelusuk dunia tidak mempunyai keadilan terhadap umat Islam dan umat islam merasa teraniaya
  • Mereka menyertai aktiviti keganasan menganggap aktiviti itu adalah perkara yang baik untuk menuntut keadilan pada dunia


2. Non Muslim

  • Wujudnya Islamophobia
  • Tidak mempelajari dan tidak mempunyai sifat ingin tahu tentang ajaran yang dibawa oleh Islam.
  • Terus mempercayai sesuatu info tanpa menyelidik info tersebut sama ada sahih atau sebaliknya.
  • Media-media barat sentimenkan bahawa semua keganasan yang berlaku dilakukan oleh orang yang menganut agama islam.
  • Menganggap islam mengajar penganutnya untuk melakukan keganasan, sebagai contoh:-
    •  Keganasan di New Zealand
      • Sebuah masjid di New Zealand telah diceroboh oleh seorang pengganas pada jam 1.40 tengah hari
      • Insiden tersebut telah melibatkan 50 orang di Masjid Al Noor.
      • Brenton Tarrant adalah orang yang melakukan keganasan tersebut.
      • Dia telah obsess mengenai aktiviti keganasan oleh Islamic extremist sejak 2016 dan 2017
      • Dia mula merancang serangan tersebut sejak 2 tahun yang lalu
    • Orang Uyghur di China
      • 1 juta warga Uyghur didera dan ‘dibasuh’ dalam sebuah kem yang disediakan oleh kerajaan china.
      • Kem tersebut diwujudkan kerana mereka ingin penganut agama islam agar menyuaikan diri mereka dengan adat istiadat kaum china
      • Kem tersebut sebenarnya telah menghina orang islam dan kerajaan china menunjukkan mereka adalah islamophobia
      • Dalam kem tersebut mereka dipaksa memakan khinzir dan minuman yang beralkohol